Selasa, 31 Januari 2012

Surat buat Adek Kiki


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Adek ku Kiki…s’moga dengan terlayang warkah ini di hadapan mu dapat membuat kamu senang menerimanya,…s’moga segala apa yang ku surat kan ini dapat menjadi penyejuk di hatimu.
Aku disisni sihat sihat sahaja ,..aku pun berharap engkau nan jauh di pulau seberang demikian ada nya,…
Beberapa hari ini aku tak banyak tahu hal dirimu sehingga dalam hati ni merasa hawatir sangat, dan bimbang dengan dirimu.
Sebenar,walaupun antara kita terbentang jarak tak pernah menjadi penghalang untuk merasa selalu dekat,namun lain terasa lagi kerana hati dah merasa sepi tiada suara mu yang indah.
Ku mengharapkan impian indah serta kenyataan pertemanan kita tiada pernah terlerai dan tetap sehaluan selama nya walaupun mungkin antara kita ada sikit berbeza, anggaplah itu keindahan semata.
Aku pun teringat masa pertemanan dan percintaan antara aku dan sorang kekasih hatiku dahulu semasa aku masih bersama Dia,orang yang tempat ku bersinggah di hati nya,namun pada akhir nya perhubungan kami pun terpisah jua.
Ada masa indah yang serasa tak mungkin sirna ,namun kenyataan lain terjadi antara kami kerana perbezaan bangsa.itulah yang terjadi,…kenyataan nya aku lah insan sendirian yang terpaku sepi di tabir tirai malam.
Dari sedikit kisah pilu yang ku tulis di atas,bermula ketika ku terpaut hati pada sang dara jelita negeri Sarawak ini,ternyata jarak dan antara bangsa yang berbeza serta antara dua insan yang terpisahkan oleh pulau nan jauh di seberang jadi alasan semata sehingga orang tua pun tak sudi merestui perhubungan kami walaupun setakat sahabat,hal itulah yang sangat memukul hati,serasa sebak di dada serta membawa ku dalam lembah kepiluan hingga kini,hanyalah kepergian ku dari nya mungkin akan menghapus segala harapan hampa cinta ini.
Semoga persahabatan dan pertemanan kita ini tak semacam tu,kerana antara kita bukan lah berbeza bangsa lagi,walaupun setakat sahabat kita tak boleh terpisah jua.sikitpun pun ku, sebenar tak mahu hal serupa berulang,kerana dapat memuat pilu sepanjang ku terkenang sebagai kedukaan di hati.
Ada perkara baik telah aku dengar,bahwa dirimu saat kini bukan lagi setakat teman atau sahabat biasa sahaja,tapi sebagai adek saya sendiri.Betapa suka ku dengar itu semua,bererti ada semacam perhatian dari ku teruntuk mu sorang…saya sangat bah’gia kerana dah terlafaz kata-kata mu pada ku…,entah kelak bila bila masa aku akan berjanji berikan apa sahaja yang terbaik hanya untuk mu………….
Aku sedar bahwa kini pun ,aku belum dapat membah’giakan dirimu sebagai adek ku,..Insya Allah kelak suatu hari atau suatu masa kita kan dapat mengarungi jalinan ini sesuai apa yang kita harapkan..semoga sahaja…itu bukankhayalan semata ,kita akan langkah bersama dalam kebah’giaan kita.
Bukanlah sikit soalan-soalan hidup kita kelak yang musti dihadapi ,segala rintangan dan cabaran yang pasti kita tak lepas dari nya sehingga kita mencapai kejayaan…………….dari itu semenjak sekarang antara kita berupaya agar dapat saling mebantu, sedia berkorban untuk menepis segala rintangan yang mendatang.
Sebenar,…itulah erti dari sebuah persahabatan dan sebuah perhubungan antara kita, tak lepas dari ujian dan pengorbanan,kerana tiada insan yang kuat menahan semua kesukaran sendirian tanpa curahan kasih dan pengorbanan antara kita dalam menjalin sebuah perhubungan,…
Akhir nya tak lepas pula aku bermohon maaf atas segala salah kata-kata ku selama ini,atas segala kesilafan ku dengan dirimu,sesal ku untuk mu,seandai nya kau masih menyimpan rasa salah ku pada dirimu.
Dari aku yang selalu merindui mu.
Wassalamualaikum?
Ewin,kakak… mu